Keluarga

Jika ada rzeki dpt ank lgi, aku sedih. Aku di Mlaysia. Senyap2, suami hanyut dgn amoi sngpore.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

After conten

Isteri di Malaysia, Skandal di Singapura

Bila tengok orang post pasal pertemuan semula dengan orang tersayang, hati trsentuh dan turut menangis kegembiraan. Rasa tak sabar nak tunggu suami balik.

Macam macam dah plan sebab taknak rugi seminit pon masa yang ada untuk bersama nanti. Tapi kisah aku tidak seperti yang aku harapkan. Suami yang aku tunggu bertahun, pulang bersama sebuah kejutan. Kejutan yang tidak ada seorang isteri pon atas dunia ini impikan.

Selama tiga hari dia dirumah, tidak sedikit pun terdetik untuk aku check handphone dia (aku tahu semua pin hp/pasword segala social media suami aku). Langsung tak terlintas untuk aku buat begitu. Entah kenapa, hari ke 4 dia di Malaysia, aku teringin nak check handphone dia.

Berdebar debar rasa, rupanya perasaan itu benar belaka. Allah izinkan untuk aku lihat sendiri kecurangan suamiku. Aku jumpa gambar dia selfie berpeluk dgn perempuan. Perempuan ca ya alif nun to be exact. Yes, its really hurt me! Kau boleh bayang tak, suami aku skandal dengan perempuan c1na satu kilang dengan dia!

Dah lama, tapi aku langsung tak sedar. Sebab apa? Sebab suami aku selalu vc aku, selalu reply mesej aku, jarang sekali dia lambat respon bila aku contact dia. Langsung tak percaya suami aku sampai macamtu sekali. Ye, sebelum dia balik bercuti ke Mlaysia, pernah sekali aku terjumpa resit hotel dalam emel dia.

Resit tu tertulis nama perempuan tu dengan suami aku. Kalau kau jadi aku, apa yang terlintas dalam fikiran kau! Tapi, suamiku menafikan sekeras kerasnya yang dia hanya tolong perempuan tu booking hotel sahaja.

Aku minta dia lafazkan cerrai taklik ke atas aku, sebab itu je cara yang aku ada untuk percaya kata dia. Dan ya, dia berani melafazkannya. Berkali kali aku ingatkan padanya, kalau dia tipu/main mainkan lafaz tersebut, maksudnya dia telah berziina dengan aku sepanjang 3 hari sebelumnya.

Andai diberi rezeki anak, anak tersebut bukan anak yang sah taraf. Dan dia tetap menafikan dan tetap menyatakan dia tidak pernah tidur dengan mana mana perempuan selain aku.

Dia juga meminta perempuan itu untuk whatsapp sendiri aku untuk membuktikan kata katanya. Perempuan itu telah whatsapp aku dan dia mengatakan hanya meminta tolong suamiku untuk booking hotel. Aku kira settle sampai disitu sahaja dan beranggapan mereka hanya kawan biasa sahaja. Siapa sangka kan lelaki melayu nak skandal dengan perempuan cina.

Lebih kurang seminggu sebelum suamiku pulang, aku ada vc dia. Malam tu lebih dari 10x aku call tapi dia tak angkat. Siap whatsapp suruh aku solat dulu. Tapi hatiku tak sedap, aku cuba lagi call dan dia angkat. Rupanya dia sedang makan steamboat dengan perempuan itu bersama housemate nya.

Aku terus matikan handphone. Aku terlalu kecewa, aku block no dia. Paling memedihkan, ketika itu aku sedang mengecat bilik kami sebagai persiapan menanti kepulangan suamiku. Hancur sangat hatiku. Kemudian, malam itu juga aku berpura pura menjadi suamiku dan contact perempuan itu melalui emel (perempuan tu pernah forward iklan bilik sewa kepada suamiku).

Dalam emel itu, aku menyatakan aku cinta pada dia dan mengajaknya tidur di hotel. Perempuan itu menggeletis dalam reply nya dan bersetuju untuk tidur bersama. Tak tunggu lama, aku terus whatsapp perempuan itu bertanyakan hal sebenar kenapa dia boleh reply emel sampai macamtu sekali.

Dia fikirkan suamiku (aku yang menyamar dalam emel) hanya bergurau, jadi dia pun melayan. Dan dia hanya meminta maaf kerana telah menyebabkan salah faham.

Aku pula telah bagi warning pada dia tolong jauhkan diri dari suamiku. Rupanya esok pagi, mereka keluar lagi sarapan bersama di Woodlands (aku jumpa bukti ni dalam apps Trace Together). Kecewa berkali ganda aku rasakan!

Aku fikirkan bila aku dah mengamuk malam sebelumnya, suami aku akan insaf dan berhenti jumpa perempuan tu. Tapi aku bdoh, ditipu lagi. Makin aku skroll galeri dalam hp dia, makin bnyak gmbar aku jumpa. Rupanya mereka selalu vc sama sama, whatsapp sama sama dan sering makan bersama sama.

Suamiku menyewa di Yishun dan perempuan itu di Admiralty. Sanggup suamiku berulang alik ke sana untuk makan bersama perempuan itu.
Bila aku tanya apa hubungan mereka, suami ku hanya menyatakan mereka kawan biasa. Tapi kau rasa, kawan biasa ke macamtu. Seminggu lebih kurang 3-4kali keluar makan bersama, hari hari whatsapp, hari hari video call.

Hancur, terlalu hancur hati aku. Aku dicurangi saat kami telah punya anak. Sekarang, aku terlalu serabut. Suami yang aku kahwini atas dasar cinta sesama kami, kini telah mengkhianati cintaku. Dengan perempuan cina pula tu.

Aku pandang wajah anak kami, aku sedih. Aku pandang perutku, andai suatu hari ada rezeki anak lagi, aku sedih. Aku pandang diri aku, aku sedih. Sedih ditipu dengan orang yang terlalu aku cintai. Terkadang aku fikir, apa silap aku. Selama ini, tidak pernah terdetik pun dihati aku untuk curang dengan suami sendiri. Tapi ini yang aku terima.

Buat isteri2/ suami2 yang ditinggalkan di Malaysia, jangan jadi bdoh macam aku. Pandai pandai lah godek apa yang patut. Melalui emel, melalui facebook atau apa jua cara sekalipun. Jangan ingat kalau pasangan anda rajin vc anda hari hari, dia tak curang. Suami aku sendiri sehari 2-3 kali video call, tapi dia masih punya masa untuk curang.

Macam macam cara mereka punya untuk berlaku curang. Ini kecurangan paling hina dalam hidup aku. Aku dibelakangkan kerana seorang perempuan c1na. Maaf, aku bukan racist. Tapi ini kenyataannya, suami aku skandal dengan perempuan c1na. Buat Mi** C***, aku nak engkau tahu bahawa doa orang teraniaya ni tiada hijab.

Doa aku buat kau, semoga kau akan rasa pengkhianatan yang lebih hina daripada apa yang sedang aku rasakan. Dan buat engkau M*** F***, tolong ambil anak engkau ini dan jagalah dia. Aku nak engkau rasa macamana rasanya jadi seorang ibu dan seorang ayah dalam masa yang sama! Semoga engkau sempat bertaubat atas dosa dosa kau.

Last sekali, jaga jaga terutamanya pasangan yang bekerja di Kilang xxx di Yishun.

Reaksi Warganet

Nurul Nur Aziela – Yang last tu tak setuju. Ape pulak men pass cenggitu je anak. Marah dekat laki pon ape babitkan anak. Tak sayang ke, tak rindu ke anak tu nanti.. ish..

Dee Ya – Selalu selalu la minta duit dari suami. Minta setiap minggu. Biar suami makin kurang duit dia. Atleast puas hati awak sebab dapat kikis duit suami. Nanti dia habis kan duit tu untuk makan makan dan tdo hotel dengan perempuan tu.

Ye bagus. Bagi anak anak dekat suami. Biar suami pula jaga. Biar suami tiada masa untuk berskandal.

Yesmina Butik Bmc – Your husband ni dah mati dah pun kalau ikut hukum hudud bila berziina sebab dia dah berkahwin. Jadi realistik la ye. Walk away dari perkahwinan ni tak merugikan pun sebab dia dah m4ti dah pun ikut hukum Allah. Kenapa Allah hukum penziina yang dah berkahwin dengan hukuman rejam sampai M4TI dan tak sama dgn hukuman penziina yang belum berkahwin sedangkan kesalahan sama?

Sebab mmg dah melampaui batas ye, ada yang halal tapi hadap yang haram. Ye dia melampau batas so be realistic k. Takutler kena penyakit kelamin ke apa hmmm makin merana hidup.

Azie Azem – Jarang pompuan cina nak skandal dengan lelaki melayu sampai dekat atas katil, orang spore pulak tu. Tak mustahil suami puan hanyalah tempat dia menghilangkan kebosanan. PJJ memang cabaran puan, sebab berperang dengan nak hidup senang suami di seberang atau nak hidup susah suami depan mata.

Kalau rasa serabut dan hilang kepercayaan, suruh jelah suami cari keje dekat malaysia. Susah jugak kalau sentiasa curiga, takut nanti puan kemurungan pulak. Saya doakan puan tabah..

Aidarina Yahaya – Banyak je kes real macam ni aku dengar. Jadi korang mana yang laki keje dekat singapore tu, pandai pandai lah.. Tak kata semua. Tp berhati hati. Satu lagi kalau jadu bini, lelaki dah curang, jangan bdoh bdoh nak maafkan.. Not easy. Lelaki takkan berubah kalau tiada pengajaran (mintak cerrai atau apa apa yang yakin akan beri pengajaran)

Kalau dengan pengajaran pun tak berubah, maknanya perangai laki tu memang takkan berubah. Kalau laki tu sayang dekat isteri dia, pencerraian tu jadi pengajaran besar buat dia, dan lepas rujuk insyaallah dia akan jadi lebih baik (berdasarkan real case)

Fatin Falcon – Bukan nak salahkan pndemic. Tapi tulah, banyak kes macam ni jadi orang share dalam group MYSG tuh sejak border tutup. Sbb tu aku after kawen aku lepaskan jawatan engineer aku dekat Shah Alam tu sebab nak duduk dekat dengan laki aku dekat SG ni and cari keja dekat sini.

Aku tak percaya pada PJJ ape bagai tu. Bagi aku kedudukan seorang isteri adalah disisi seorang suami. Tapi lain orang lain ujian kan… Aku mohon para isteri yg berjauhan dari suami, rumahtangga sentiasa dilindungi…

Lin Lindo – Saya pernah ada kawan kerja kilang di penang. Dia cerita lelaki melayu ada skandal dengan perempuan c1na. Sampai berziina. Pada saya apa yang mustahil dengan perhubungan berlainan jenis walaupun tak sama agama. Masih tetap perempuan dan lelaki kan?

Keburukan ziina ni bukan hanya pada penziina, tapi pasangan dan anak anak akan ada kesan nya kemudian hari. Ziina ni salah satu dosa besar. Kenapa termasuk dosa besar? Sebab kesan ziina ni terlalu banyak. Untuk tt, moga kebenaran akan terbukti. InshaAllah Allah Yang Maha Baik sentiasa dengar doa hambaNya.

Sumber – Isteri Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *