Keluarga

Blajar tinggi2 tp aku hnya mampu bkrja sbgai cashiier je.

Aku Lara bukan nama sebenar, berusia 27 tahun. Cukuplah itu sebagai pengenalan. Harap admin boleh approve sebab aku rasa lost dan aku perlukan pendapat pembaca semua.

After conten

Seperti tajuk aku di atas, itulah dilema yang aku hadapi. Aku seorang graduan tahun 2018 daripada sebuah universiti yang turut digelar sebagai University of Money. Yang tahu tu tahulah.

Ya, aku seorang graduan berijazah yang kini hanya bekerja sebagai seorang cashier di salah sebuah retail company di Malaysia. Company apa biarlah rahsia.Aku dah bekerja di sini hampir dua tahun dan aku tak bangga langsung dengan diri aku. Aku rasa macam seorang loser.

Aku bukan nak menghina kerjaya macam ni, tapi kalau aku tahu aku akan end up hanya sebagai seorang cashier, buat apa aku sambung belajar dulu? Tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu tengok kawan2 aku yang lain, semua kerja bagus2 tapi aku, cashier je? Seriously?

Lagipun, dah tahun 2021 pun sekarang dan aku masih di posisi yang sama. Maybe akan ada yang cakap kerja dalam retail kan ada career development, tapi tidak untuk aku. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab baru2 ni, ada kekosongan jawatan sebagai assistant supervisor di tempat aku tapi aku tak dipilih pun walaupun aku ada kelulusan.

Yang dipilih orang yang taraf pendidikan dia jauh lebih rendah dan aku tak tahu berdasarkan apa keputusan dibuat. Bukan aku nak mengh1na dia, tidak tolong jangan salah faham. Yang aku nak sampaikan, aku tiada peluang dan aku rasa agak t0ksik di sini.

Another thing is, selama bekerja sebagai seorang cashier, aku sangat penat hadap dengan perangai customer. Dari sekecil2 perkara hingga ke besar2 perkara.

Yang kerja retail mesti faham perasaan ni macam mana. Ada satu masa tu, aku sampai tahap tak boleh nak buka kaunter sebab aku menggeletar dan aku rasa sesak dada bila nak hadap orang.

Outlet yang aku kerja sekarang ni sangat besar dan orang sentiasa ada. Tak putus2 dengan kehadiran manusia. Bila pengalaman kerja hanya sebagai seorang cashier sahaja, aku tak rasa aku ada peluang untuk kerja dalam sektor lain.

Skill? Kerja macam ni skill apa je yang aku dapat? Tell me.

Faktor umur pun satu hal. Aku dah 27 tahun kot, ramai lagi fresh grad kat luar sana dan persaingan sengit. Aku rasa transkrip degree aku tu dah boleh dibakar agaknya sebab macam dah tiada guna.

Banyak lagi aku nak luah tapi cukuplah sampai di sini.

– Lara (Bukan nama sebenar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *