Keluarga

Tiada keperluan lagi untuk perintah itu dilaksana.

Belum masanya untuk PKP lagi.

After conten

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun menguatkuasakan larangan merentas negeri mahupun daerah buat masa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada keperluan lagi untuk perintah itu dilaksana mengambil kira situasi semasa Covid-19.

“Semalam 287 kes baharu direkodkan, hari ini mungkin tambah lagi tapi 113 kes di Sabah itu, 35 daripadanya daripada Kluster Benteng dalam penjara.

“Sebanyak 129 di Kedah pula, 128 kes di dalam penjara, manakala kalau tengok di seluruh negara, di negeri-negeri lain hanya Selangor sahaja 31 kes dan itu belum sampai zon merah iaitu 40 kes.

“Jadi belum ada keperluan lagi untuk laksana PKP mahupun larangan merentas negeri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas MKN berkenaan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Reaksi warganet.

Tak kisah kalau mau pkp balik.. yang penting roti gardenia kerajaan sponsor setiap pagi.. rasa l4nchau pegi kedai saja selalu habis.

Wartawan tnya lain td.psl ahli politik kuarantin kona sana sni last soh kkm jawab apa daaa.

Dulu masa pkp siap sekatan bagai kes tggi bole dikawal..skg kes tggi tiada kawalan perjalanan,roadtax..kalu kena gaya mungkin malaysia akan lebih teruk drpd ind0n dgn ind1a.

Ketatkan lah sempadan negara dan negeri.klu sabah dah ada kes,jgn lah bagi dia org masuk semenanjung dan sebaliknya.klu sesebuah tmpt dah ada,jgn kami masuk dan yg dlm,jgn keluar.

Orang malaysia ni sakai. Bile cakap belom mase nye lagi. Udah cakap itu ini bagai. Kang kalau buat pkp udah cakap orang miskin takde kerja duduk rumah makan pasir. Bebila pon rakyat yang bebal kekal bebal. Simple je jaga jarak pakai mask tak perlu tak payah keluar. Lembu pon tau kalau cakap balik kandang anak anak.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *