Keluarga

Minta maaf tak mampu jaga byi ini.

Tanjung Karang: Seorang byi lelaki ditemui dalam kotak bersama nota meminta maaf dipercayai tulisan penjaganya, di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru di sini, hari ini.

After conten

Bayi yang cukup sifat dan sihat itu ditemui Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi.

Mohd Maidin, 38, berkata, di dalam kotak itu turut disertakan lampin pakai buang, bedak dan tisu basah.

“Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan nampak kotak di pintu pagar surau yang pada mulanya menyangka ada orang membuang anak kucing.

MOHD Maidin menunjukkan lokasi penemuan byi malang itu. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.

“Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat byi di dalamnya.

“Nota tulisan tangan itu yang disertakan, antaranya memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan byi itu disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga byi itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Maidin mendakwa byi itu mungkin ditinggalkan selepas Subuh kerana surau berkenaan mengehadkan jemaah untuk bersolat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Saya maklumkan penemuan itu kepada jemaah surau dan mereka beritahu tidak perasan kotak berkenaan di pintu pagar ketika mereka mahu beredar,” katanya yang memberitahu kejadian itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan byi itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan byi diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *