Benarlah orang kata, setiap wanita yang bergelar seorang ibu pasti merasai detik-detik yang tidak dapat dilupakan menanti kehadiran cahaya mata sehingga terpaksa bertarung nywa melahirkan anak tercinta.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang ibu muda yang dikenali dengan nama Shamira Roslan dijemput Ilahi ketika sedang sarat mengandung anak keduanya.
Arwah kritikal
Menerusi perkongsian Shuhada Fazli di Fcebook, sepupunya (Shamira Roslan) mengalami masalah sesak nafas dipercayai disebabkan jngkitan kuman.
Berikutan daripada masalah kesihatan yang dialami si ibu, anak kecil yang berada dalam kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meningal dunia.
Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, si ibu yang berada dalam keadaan kr1tikal pula dijemput Ilahi. Difahamkan, arwah Shamira Roslan telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.
Sungguh besar pengorbanan ibu
Al-fatihah.
Pemergian Shamira Roslan telah meninggalkan kesan terhadap ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.
Mereka tidak putus-putus menitipkan doa dan berharap agar suami dan anak aruwah dapat menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Mereka turut mengucapkan salam takziah buat keluarga aruwah.
Sumber: Shuhada Fazli, Facebook via 0hbulan