Keluarga

Ini Sebab Ismail Sabri Batalkan Sidang Media Semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi menjelaskan punca pembatalan sidang media yang dijadualkan berlangsung petang semalam.

After conten

Melalui perkongsian terbaharu di Facebook, katanya pembatalan itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan beliau menjalani ujian saringan COVID-19 dan melakukan proses kuarantin kendiri.

Langkah itu diambil segera selepas beliau menerima maklumat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada Isnin.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi (semalam) saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan COVID-19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap keputusan ujian saringan yang akan dikeluarkan esok adalah negatif.

“Insya-Allah esok (hari ini) keputusan swab test saya itu akan keluar. Doakan agar keputusan swab test nanti negatif,” katanya.

Semalam, hanya kenyataan media dikeluarkan oleh pihak KKM yang merekodkan 432 kes terbaru.

Sumber: astr0gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *