Connect with us

Keluarga

Gaji tak dibayar, keluarga ini nekad jalan kaki balik kg dari Tg Malim ke Bentong.

Published

on

Jalan kaki dari Tg Malim, Perak ke Bentong Pahang! Mungkin agak mustahil dan mengejutkan namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh sekeluarga orang asal ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, @dniaphantom menceritakan bagaimana bapanya terjumpa dengan keluarga berkenaan yang sedang berjalan kaki untuk pulang ke Bentong dari Tanjung Malim.

Menurut beliau, keluarga itu terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman selepas mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikannya sejak tiga hari lalu.

“Aku sangat tersentuh, ayah aku terserempak dengan Orang Asli ni. Sekeluarga jalan kaki dari Tanjung Malim ke Bentong.

“Google (Maps) tadi kalau jalan kaki 23 jam baru sampai. Katanya tiada duit sebab bos tak bayar gaji dah tiga hari,” kongsinya.

“Ayah saya tanya nak ke mana semua yang dia boleh cakap kedengaran seperti tong tong macam tu jadi ayah cuba teka yang mereka ini nak ke Bentong dan rupanya betul.

“Kemudian dapat tahu lelaki itu ada isteri dekat Bentong dan anak dia dua orang pula duduk dekat Kuala Lipis dan kerja dekat sana. Bos dia pula tak bayar gaji dia call tiga hari dah tak jawab. ”

Menyedari perjalanan yang bakal dilalui itu agak jauh, bapanya kemudiannya menumpangkan keluarga berkenaan menggunakan kereta.

Bukan sahaja menumpangkan keluarga tersebut, malah bapanya difahamkan turut memberikan bantuan berupa makanan dan wang ringgit.

Dalam perkembangan terbaru yang dikongsikan beliau di Twitter, bapanya itu difahamkan telah menurunkan keluarga berkenaan berhampiran sekatan jalan raya di berhampiran Genting Highlands.

Bapanya juga difahamkan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenai situasi keluarga itu sebelum meninggalkan mereka.

Perkongsian daripada Dania itu sehingga kini sudah pun mendapat lebih 5,000 perkongsian di Twitter dengan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keluarga berkenaan.

Sumber: yoy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keluarga

Smpai ht suami xnak jemput ank dr sekolh dan biarkan ank jln kaki. Hujan lg tu.

Published

on

By

assalamualaikum….masuk harini dah 5hari suami x balik…sbb sy suruh die keluar dr rumah sbb die bkn bapak bertanggungjawap.

sy mengasuh budak ,dalam sehari sy kena jemput anak2 sekolah dalam 3 kali…suami bdan beruniform..so kerja die ada siang dan malam…time off sy minta tlg jemput anak.

tp die bekeras xnak jemput alasan nak rest…padahal die baring main hp..smp snggup suruh anak jalan kaki n ckap anak dia suka menyusahkan dia.

tau x perasaan sy mcm mana …kecik ati sy,sy mngandungkan anak sy 9 bulan tau,tp bapak die boleh ckp menyusahkan die nk jmpt sekolah n sggp suruh jalan kaki last sy keluar jmpt anak tgh2 ujan lebat.

ni die mngajuk duduk rumah mak dia…ntah la..saya dah xrs ape bila suami kua dr rumah…xda rs nk pujuk dia…sy rs happy pulak bila die xda…idup dengan anak3..sy bab lain boleh lagi mngalah,tp bab anak3 sy sensitif.

cuba bygkan kalau anak sy jalan kaki,kene kejar anjing,kene culik…tp kenapa bapak die xda perasaan cmtu..sedih sgt sy.. bukan selalu sy minta tlg…darah daging die .

bia la Allah tentukan jodoh kami..bkn x cuba nak mengalah,tp bila fikir ape die buat kt sy n anak sy x jd mengalah..5 hari dia tgglkan sy dan anak3,xda dgr anak sulung sy asyik kene arah,kene marah.

klau bapak dia ada,asyik la kene mrh budak tu…tertekan anak sy tu…btl x tndakan sy ? sy dah penat sbnrnye.

Sber: krt

Continue Reading

Keluarga

Tidak mnyangka perbuatan anknya bersalam yg dianggap sebagai suka2 itu adalah salaman terakhir.

Published

on

By

Kuala Terengganu: “Pagi tadi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya,” kata Nurul Emilia Ali, 34.

Nurul Emilia adalah ibu kepada Muhammad Aryan Difa Danish Mohd Azizul, 6, yang maut selepas terjatuh dari rumahnya di tingkap 15, Flat Ladang Gemilang Satu di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka perbuatan anaknya (bersalam) yang dianggap sebagai suka-suka itu adalah salaman terakhir apabila anak ketiga daripada empat beradik itu pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

“Memang sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun kami reda dan menerima qada dan qadar yang sudah ditetapkan Allah walaupun perit untuk menerimanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah myat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bersama anak bongsunya ke kedai di kawasan sekitar flat itu untuk membeli makanan.

Nurul Emilia berkata, kebiasaannya dia akan membawa kanak-kanak terbabit bersama ke kedai membeli makanan tetapi disebabkan ketika itu kanak-kanak itu sedang tidur menyebabkan meninggalkannya sendirian.

Katanya, dua abangnya sudah keluar bermain dan suaminya, Mohd Azizul Mohamad, 35, pula yang bekerja sebagai jurujual berada di Dungun.

“Sebelum keluar saya memasang cerita kartun tetapi tidak menyangka apabila terjaga dia menanggalkan sekeping tingkap cermin nako di ruang tamu dan letak di atas sofa.

“Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah.

“Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 petang tadi, mangsa yang juga murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang di sini, ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 flat berkenaan.

Sumber: hmetro.

Continue Reading

Keluarga

YDP Agong Berpendapat Tiada Keperluan Untuk Isytihar D4rurat Buat Masa Ini.

Published

on

By

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak CVID-19 dengan baik dan berkesan.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menganggu-gugat kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan rasmi hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan dalam parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak CVID-19.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguuhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa klusster baharu dan kes positif harian CVID-19 di negara ini,” tambah perutusan itu lagi.

Berita penuh menyusul.

Sumber: siakapkeli.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.