Keluarga

Atu Zero n Isteri Salur Bantuan PPE Ke Sabah Pula.

Pelawak Atu Zero dan isteri Shafeeqa Johari kini membantu menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital di Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah.

After conten

Pun begitu, mereka masih belum tahu bagaimana hendak menghantar bantuan tersebut.

“PPE 2.0 ke Sabah pula. Macam best kan buat PPE.

“Tak apa, kita bantu kepada sesiapa yang memerlukan. Atu tolong lipat dan packed.

“Sekarang ini Cuma saya nak tahu cara macam mana nak hantar ke Semporna dan Kota Kinabalu. Siapa tahu boleh PM (mesej peribadi) saya ya,” katanya.

Shafeeqa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Shafeeqa memuat naik video Atu sedang membantunya mengemas PPE tersebut.

Dalam entri terbaharu juga Shafeeqa memberitahu mereka turut memerlukan lebih tenaga tukang jahit bagi sesiapa yang ingin volunteer.

“Sesiapa yang boleh sumbang dana atau ada PPE yang boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh PM saya.

“Jika ada fabrik, saya akan usahakan untuk menjahit PPE bersama volunteer lain.

“Minta tolong sama-sama kita selamatkan negara. Bersatulah kita. Terima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, Shafeeqa yang juga tukang jahit telah menjahit sendiri semua PPE dan menyalurkan kepada hospital-hospital yang memerlukan ketika frontliners sedang membantu merawat pesakit COVID-19 di Malaysia.

Sumber: astr0gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *