Connect with us

Uncategorized

Bantu Muhyiddin, bukan singkirnya melalui rancangan licik ultra

Published

on

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

APA lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu, melainkan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara ini daripada tangan-tangan jahat ultra kiasu.

Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan usia sebegini (73 tahun, 4 hari lagi, 15 Mei 1947), sepatutnya dia berehat, tetapi dia terus bekerja sebagai Perdana Menteri (PM), dengan tugas yang amat berat.Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, sudah tentu amat memenatkan, namun diteruskan juga kalau bukan untuk agama, bangsa dan negara.

Apa lagi Muhyiddin mahu, jadi Timbalan Perdana Menteri sudah, Menteri Besar sudah, menteri-menteri Kabinet pun sudah, kini Perdana Menteri. Apa lagi kuasa yang dicari, kalau bukan reda Allah untuk berbakti.

Apa lagi Muhyiddin mahu, harta, takhta, keluraga, semua dah ada. Kenapa mahu pening kepala, kalau bukan demi negara tercinta.
Apa lagi Muhyiddin mahu, dalam keadaan sebegini, lebih baik duduk rumah, main dengan anak cucu, kenapa harus bersusah payah?

Sudah tentu tidak lain, negarawan ini memikirkan negara ini mesti diselamatkan. Muhyiddin mahukan lakukan apa yang tidak dapat atau tidak sempat dilakukan sebelum ini. Atau mungkin ‘dosa’ terdahulu perlu ditebus sebelum roh bercerai daripada jasad. Inilah insan yang bernama Muhyiddin.

Muhyiddin mahu membuktikan bahawa anak Melayu dan Bumiputera mampu secara efisyen memimpin menguruskan negara tercinta dengan baik, berbanding ultra kiasu.Tidak dapat dibayangkan jika negara ini terus berada dalam cengkaman ultra kiasu PH yang rakus kuasa, dipengaruhi kapitalis luar. Sudah tentu C0VID-19 menjadi lebih dahsyat dengan kaedah menolak PKP.

Dengan ini, saya mohon rakyat Malaysia, bantulah Muhyiddin, bukan membebankan, dengan undi tidak percaya ketika kita sedang bertarung dengan ujian Allah ini. Percayalah, rakyat sudah bosan dengan sandiwara ultra kiasu.

Jika ditakdirkan, Parlimen terpaksa dibubarkan kerana undi tidak percaya ini, saya yakin PH akan menerima tamparan hebat. Sebab itu jangan terikut-ikut dengan rentak bapak ultra kiasu. Mereka ibarat cacing kepanasan kerana hilang kuasa sekelip mata.

Justeru, mari kita bersama-sama bantu Muhyiddin. Pertama, ingatan saya kepada semua wakil rakyat yang dilantik sama ada, dalam Kabinet, mahupun GLC.Berkhidmatlah dengan penuh integriti berpaksikan Perlembagaan. Jangan ada lagi cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti rsuah, kroni, jenyah dan sebagainya.

Jika ada bawa lagi perangai-perangai lama ini, rsuah, korup atau melakukan perbuatan yang memalukan atau menjadikan PM sakit kepala memikirkannya, buang sahaja mereka. Biar undang-undang yang menghukum.

Kedua, normal baharu atau new normal dalam konteks Malaysia, adalah kembali fitrah, balik asal, back to basic. Ikut fitrah alam yang Allah jadikan. Ambil ibrah puasa yang kita lalui ketika ini dan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Sucikan diri, untuk menjadi bersih, kembali fitrah.

Islam mengibaratkan kita ini lahir ibarat kain putih suci bersih, kitalah yang akan mencorakkan sama ada terus kekal putih atau menjadi sebaliknya.Saya melihat C0VID-19 adalah teguran dari Allah kepada manusia yang sudah terkeluar normal kehidupan seimbang. Terutama kepada negara-negara besar. Sehebat mana pun kamu, kamu tidak dapat lari daripada kuasa Allah.

Buktinya jelas, Allah hantar sejenis makhluk halus yang bernama virus, seluruh dunia menjadi kelam kabut. Secanggih mana pun teknologi masih tidak dapat melawan. Menunjukkan betapa kerdilnya kita.

Kepada umat Islam negara tercinta ini, teguran Allah ini, jelas mahu menyelamatkan negara kita dan seisi umatnya. Ketika mana negara mula goyah dengan kerakusan ultra kiasu, Allah uji kita, agar perancangan jahat ultra kiasu tidak kesampaian.

Allah mahukan kita tunduk dan sujud kepadaNya. Jangan kita sombong dengan nikmat ibadah yang selama ini kita lakukan. Solat jumaat dan berjemaah di masjid dan surau semuanya telah tergendala. Ini belum datangnya f1tnah dajal.

Ketiga, teruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sampai bila-bila, terutama pada waktu malam. Fikirkanlah kenapa Allah jadi waktu Maghrib petanda berakhir satu hari, bermula satu hari baharu. Inilah kalendar Islam berasaskan peredaran bulan.

Kenapa sehari berlalu, petandanya dengan masuknya waktu senja (maghrib). Kenapa bukan jam 12.00 tengah malam mengikut kalendar Masihi. Mesti ada sebab seperti yang saya nukilkan minggu lalu.Pandai ibu bapa kita dulu-dulu, sentiasa pesan kepada anak-anak mahu keluar rumah pada waktu siang, baliklah sebelum senja atau sebelum Maghrib. Rupanya ada rahsia tersembunyi.

Justeru, jika mahu lahirkan generasi Rabbani. Pastikan manusia pulang ke rumah sebelum waktu malam menjelma. Hidupkan amalan berjemaah di rumah, makan berjemaah, sembahyang berjemaah, kemudian tidurlah untuk mencari kekuatan di tengah malam hari dan awal pagi. Selepas itu, bertebaranlah mencari rezeki.

Jika binatang pun pulang ke serang menjelang Maghrib (senja) kenapa manusia perlu berkeliaran tanpa tujuan pada waktu malam. Pulanglah.Pastikan PKPB terus dikuatkuasakan pada waktu malam demi menyelamatkan anak-anak tercinta, meskipun C0VID-19 berjaya diputuskan.

Ultra kiasu pastinya cukup marah, jika ada sebarang polisi yang boleh menyekat pergerakan mereka dan perniagaan malam mereka. Mereka mahukan bandaraya hidup 24 jam tanpa henti dengan aktiviti yang boleh mengundang murka Allah.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama bantu insan bernama Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.

-Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Uncategorized

InnaIiIIah Azhar Sulaiman Sebak Umum Berita Sedih, Insan Tersayang Baru Sahaja MninggaI Dunia.

Published

on

By

Agak lama menyepi dalam dunia seni hiburan dan hanya cerita berkenaan anak perempuannya sahaja yang timbul, Azhar Sulaiman hari ini berkongsi berita sedih di Instagram beliau.

Pelakon yang popular dengan filem lakonan berjudul Sayang Salmah itu memaklumkan dia baharu sahaja kehilangan orang tersayang.

Menurut Azhar, kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi meninggI dnia kira-kira jam 11.58 malam Isnin.

Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya itu mendapat respon rakan-rakan artis dan warganet yang mengucapkan takziah.

Sehubungan itu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwh kakaknya.

” Assalamualaikum semua, hari ini mami nak kongsi berita sedih tentang kehilangan kakak sulung mami Kamariah Sulaiman yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.58 malam semalam.

” Jadi kalau saya mengajak anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kakak mami

” Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.

” Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.

Antara rakan artis yang memberi reaksi dengan menulis komen adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

” Innalillahiwainnailaihirajiun.. i’m so sorry to hear this Abg Har. May she be placed amongst the pious in the Hereafter.” tulis pelakon Lisa Surihani

Sekilas info tentang Azhar Sulaiman

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida “Connie” Ahmad.

Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat.

Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995.

Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.

Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga anak, iaitu dua anak perempuan – Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona dan seoang anak lelaki, Andika Rees Pahamin.

Continue Reading

Uncategorized

Comel je reaksi Cristiano Ronaldo Kena ‘Sound’ Dengan Seorang Wanita Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Stadium ke tu.

Published

on

By

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan UEFA Nation League diantara pasukan Portugal menentang finalis Piala Dunia Russia 2018 iaitu Croatia. Dalam perlawanan terebut, Portugal mencatat kemenangan 4-1.

Cristiano Ronaldo yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal tidak turun beraksi awal pagi tadi dan hanya duduk di kerusi penonton dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Ketika perlawanan berlangsung, Ronaldo ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan stadium kerana tidak memaki pelitup muka yang menjadi Prosedur Operasi Standard untuk berada di dalam stadium.

Tanpa banyak alasan, Ronaldo terus capai pelitup muka disebelahnya dan memakai dengan cara yang betul bagi mematuhi SOP stadium. Ronaldo kini beraksi untuk pasukan Juventus di liga Serie A Itali dan menjadi juara liga untuk musim 2019/2020.

Reaksi warganet.

Adzha Asfar – Lemah lembut tutur kata ada adab, bila kita tegur org insyaallah org tu terima tak kisah siapa dia..#Allahsayangkita

Sheena Ani – At least dia pakai terus bila ditegur… Di sini kalau kita tegur ikhlas.. Kita semula yg disekolahkan.

Afandi Tahir – Gaji juta2 kena tegur sbb langgar sop,senyap2 je .Mennteri lannggar sop bertukar jadi burung,sop yg salah.

Khairu Faizal – mindset golongan professional.. klu org minda kelas bawahan, kena tegur benda positif, kau balik yg akan kena m4ki.. kompom.. senang citer, kau yg salah.. sebab tegur die.. haha.

Rizal Rodzuan – Selalunya org ckp pmpuan sentiasa betul, tp dlm kes ni mmg pmpuan tu betul dan CR salah psl tak pki. Lg bagus, CR just pakai je tanpa sebarang karenah, takde nak kutuk staf tu mcm dulu pengawal dikutuk psl suruh pmpuan tu pki mask. Tahniah staf stadium tu Dan CR.

Mohd Rodzi – tahniah CR…ikut arahan..klu perempuan tegur kau ikut ja..x kira kau betul atau salah, klu x nak kes berpanjangan hahahaha.

Sumber: Esporte Interativo via siakapkeli.

Continue Reading

Uncategorized

“Air kotor tu” – Pekerja Kaut Air Hujan Utk Kegunaan Restoran Buat Netzen Kembang Tekak

Published

on

By

Kecoh sejak beberapa hari lepas apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air. Kebetulan hujan lebat pulak tu.

Ramailah orang yang ambil alternatif untuk tadah air hujan sebab tak pasti bekalan air terputus sampai bila.

Lain pulak yang berlaku di sebuah restoran ni. Air hujan yang bertakung kat jalan dikaup ke dalam tong dan dibawa ke dalam kedai.

Admin pun tak pasti untuk tujuan apa air tu dikaup, harap bukan untuk bagi customer minum lah ye. Korang tengok video kejadian tu yang dikongsi oleh @Duurianne di Twitter kat bawah ni.

I dunno which restaurant is this. Good luck to their customers.

Air kotor tu!

Rata-rata netizen kembang tekak tengok perbuatan pekerja restoran ini. Tapi ramai juga yang bersangka baik dan rasa air tu digunakan untuk cuci tandas. Eee kalau betul dia pakai untuk cuci gelas dan pinggan pun geli gak weh. Kotor tu!

Betul, memang tak boleh buat macam ni. Air yang bertakung kat jalan tu entah apa dah lalu situ, dia kaup masuk dalam tong. Kotor macam tu kena report dekat pihak berkuasa weh. Minta ditutupkan kedai tu.

Itu yang admin cakap tadi. Kalau nak basuh pinggan pakai air lopak yang bertakung tu.. eee geli weh.

Hahaha kalau tikus lalu mandi-manda kat situ, orang yang pakai air tu pun habis terkena jadi tikus gak.

Admin harap pihak berwajib dalam ambil tindakan sewajarnya dan siasat pekara ni. Isu kebersihan ni sangat berat, lagi-lagi melibatkan kedai makan yang orang selalu pergi kan?

Sumber: lobakmerah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.