Connect with us

Uncategorized

Penceramah bebas Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan.

Published

on

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

PENCERAMAH bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Pembantu Peribadinya ketika dihubungi berkata, Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini 2.30 petang semalam untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Ustaz sekarang sakit dan kurang sihat… jadi kami membawanya ke hospital semalam dan ustaz sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Selepas balik ke rumah ustaz mengadu masih lagi berasa sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga mengembung,” katanya.

Menurutnya, doktor yang membuat pemeriksaan sudah memberikan ubat dan memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Ustaz Kazim dalam keadaan baik.

“Kami membawanya juga ke hospital semalam kerana bimbang ada batu karang, tetapi doktor kata tiada dan semuanya elok.

“Tetapi yang kami hairan ustaz tetap mengadu berasa terlalu sakit pada bahagian belakang,” katanya.

Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada semua daripada semasa ke semasa berkenaan tahap kesihatan Ustaz Kazim.

Terdahulu, Ustaz Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuatnaik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam status berkenaan Ustaz Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

Sumber: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Uncategorized

InnaIiIIah Azhar Sulaiman Sebak Umum Berita Sedih, Insan Tersayang Baru Sahaja MninggaI Dunia.

Published

on

By

Agak lama menyepi dalam dunia seni hiburan dan hanya cerita berkenaan anak perempuannya sahaja yang timbul, Azhar Sulaiman hari ini berkongsi berita sedih di Instagram beliau.

Pelakon yang popular dengan filem lakonan berjudul Sayang Salmah itu memaklumkan dia baharu sahaja kehilangan orang tersayang.

Menurut Azhar, kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi meninggI dnia kira-kira jam 11.58 malam Isnin.

Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya itu mendapat respon rakan-rakan artis dan warganet yang mengucapkan takziah.

Sehubungan itu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwh kakaknya.

” Assalamualaikum semua, hari ini mami nak kongsi berita sedih tentang kehilangan kakak sulung mami Kamariah Sulaiman yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.58 malam semalam.

” Jadi kalau saya mengajak anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kakak mami

” Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.

” Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.

Antara rakan artis yang memberi reaksi dengan menulis komen adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

” Innalillahiwainnailaihirajiun.. i’m so sorry to hear this Abg Har. May she be placed amongst the pious in the Hereafter.” tulis pelakon Lisa Surihani

Sekilas info tentang Azhar Sulaiman

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida “Connie” Ahmad.

Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat.

Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995.

Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.

Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga anak, iaitu dua anak perempuan – Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona dan seoang anak lelaki, Andika Rees Pahamin.

Continue Reading

Uncategorized

Comel je reaksi Cristiano Ronaldo Kena ‘Sound’ Dengan Seorang Wanita Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Stadium ke tu.

Published

on

By

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan UEFA Nation League diantara pasukan Portugal menentang finalis Piala Dunia Russia 2018 iaitu Croatia. Dalam perlawanan terebut, Portugal mencatat kemenangan 4-1.

Cristiano Ronaldo yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal tidak turun beraksi awal pagi tadi dan hanya duduk di kerusi penonton dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Ketika perlawanan berlangsung, Ronaldo ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan stadium kerana tidak memaki pelitup muka yang menjadi Prosedur Operasi Standard untuk berada di dalam stadium.

Tanpa banyak alasan, Ronaldo terus capai pelitup muka disebelahnya dan memakai dengan cara yang betul bagi mematuhi SOP stadium. Ronaldo kini beraksi untuk pasukan Juventus di liga Serie A Itali dan menjadi juara liga untuk musim 2019/2020.

Reaksi warganet.

Adzha Asfar – Lemah lembut tutur kata ada adab, bila kita tegur org insyaallah org tu terima tak kisah siapa dia..#Allahsayangkita

Sheena Ani – At least dia pakai terus bila ditegur… Di sini kalau kita tegur ikhlas.. Kita semula yg disekolahkan.

Afandi Tahir – Gaji juta2 kena tegur sbb langgar sop,senyap2 je .Mennteri lannggar sop bertukar jadi burung,sop yg salah.

Khairu Faizal – mindset golongan professional.. klu org minda kelas bawahan, kena tegur benda positif, kau balik yg akan kena m4ki.. kompom.. senang citer, kau yg salah.. sebab tegur die.. haha.

Rizal Rodzuan – Selalunya org ckp pmpuan sentiasa betul, tp dlm kes ni mmg pmpuan tu betul dan CR salah psl tak pki. Lg bagus, CR just pakai je tanpa sebarang karenah, takde nak kutuk staf tu mcm dulu pengawal dikutuk psl suruh pmpuan tu pki mask. Tahniah staf stadium tu Dan CR.

Mohd Rodzi – tahniah CR…ikut arahan..klu perempuan tegur kau ikut ja..x kira kau betul atau salah, klu x nak kes berpanjangan hahahaha.

Sumber: Esporte Interativo via siakapkeli.

Continue Reading

Uncategorized

“Air kotor tu” – Pekerja Kaut Air Hujan Utk Kegunaan Restoran Buat Netzen Kembang Tekak

Published

on

By

Kecoh sejak beberapa hari lepas apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air. Kebetulan hujan lebat pulak tu.

Ramailah orang yang ambil alternatif untuk tadah air hujan sebab tak pasti bekalan air terputus sampai bila.

Lain pulak yang berlaku di sebuah restoran ni. Air hujan yang bertakung kat jalan dikaup ke dalam tong dan dibawa ke dalam kedai.

Admin pun tak pasti untuk tujuan apa air tu dikaup, harap bukan untuk bagi customer minum lah ye. Korang tengok video kejadian tu yang dikongsi oleh @Duurianne di Twitter kat bawah ni.

I dunno which restaurant is this. Good luck to their customers.

Air kotor tu!

Rata-rata netizen kembang tekak tengok perbuatan pekerja restoran ini. Tapi ramai juga yang bersangka baik dan rasa air tu digunakan untuk cuci tandas. Eee kalau betul dia pakai untuk cuci gelas dan pinggan pun geli gak weh. Kotor tu!

Betul, memang tak boleh buat macam ni. Air yang bertakung kat jalan tu entah apa dah lalu situ, dia kaup masuk dalam tong. Kotor macam tu kena report dekat pihak berkuasa weh. Minta ditutupkan kedai tu.

Itu yang admin cakap tadi. Kalau nak basuh pinggan pakai air lopak yang bertakung tu.. eee geli weh.

Hahaha kalau tikus lalu mandi-manda kat situ, orang yang pakai air tu pun habis terkena jadi tikus gak.

Admin harap pihak berwajib dalam ambil tindakan sewajarnya dan siasat pekara ni. Isu kebersihan ni sangat berat, lagi-lagi melibatkan kedai makan yang orang selalu pergi kan?

Sumber: lobakmerah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.