Connect with us

Uncategorized

13 minit je dlm labor room, 4.15 masuk 4.28 dah selamat bersalin. Wanita ini kongsi ‘rahsia’ mudah bersalin.

Published

on

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession ni. Sedikit pengenalan, aku Yang bukan nama sebenar dan baru sahaja melahirkan anak pertama.

Tujuan aku menulis ni selepas terbaca kisah wanita mengandung yang bergaduh dengan runner mcd sebab caj COD. Aku tak nak cerita panjang pasal perkara tu sebab aku tak ada dekat tempat mereka dan aku tak tahu jalan cerita yang sebetulnya.

Berbalik pada cerita, aku disahkan mengandung selepas 2 bulan aku berkahwin. Masa tu aku dah mengandung sebulan. Perjalanan aku mengandung, Alhamdulillah sangat mudah.

Aku tiada alahan, langsung tak ada morning s1ckness malahan sepanjang mengandung aku tak pernah muntah walau sekali pun. Aku juga tak mengidam apa2 dan aku boleh makan semua yang aku nak.

Aku juga boleh buat kerja seperti sebelum mengandung. Berjalan jauh, naik turun tangga walaupun dah sarat dan macam2 lagi. Mungkin disebabkan hormon, rambut aku juga tak gugur langsung padahal sebelum mengandung rambut gugur macam kena potong.

Suami aku sendiri tegur, rambut aku dah tak gugur sebab dia tak perlu buang rambut aku dalam bilik air dah. Kalau tak, tu la kerja dia dok kutip rambut aku hari2. Haha.

Selalu orang cakap, kalau masa mengandung senang, masa bersalin susah. Aku memang risau sungguh la. Dah lah anak pertama, tak ada pengalaman langsung bersalin. Tawakal jela. Lagi perit masa PKP ni, hospital dah tak benarkan suami temankan.

Allah, jangan cakaplah perasaan aku masa tu. Tapi nak tak nak kena terima lah. Tak kan nak suruh anak aku duduk dalam rahim sampai habis PKP. Nak jadi cerita, anak aku lahir awal sebulan. Ada pendarahan sikit dan perut aku mengeras.

Jadi aku dan suami buat keputusan pergi hospital walaupun aku belum cukup bulan lagi. Aku sampai hospital pukul 4. Suami aku turunkan aku, nurse bawa aku untuk urusan pendaftaran dan suami aku pergi parking kereta.

Lepas selesai urusan pendaftaran, aku ditolak kedalam untuk diagnosis. Doktor pertama check cakap bukaan dah 6 cm. Doktor kedua pula check untuk confirmation sebab dia ingat Doktor pertama salah diagnosed, aku kan baru 8 bulan plus aku tak ada rasa sakit contraction.

Tapi Dr kedua check cakap bukaan dah 7 cm. Kelam kabut lah nurse2 tolak aku pergi labor room. Sampai saja dekat labor room, bukaan dah 9 cm.

Yang sambut kelahiran anak aku, 3 orang nurse. Seorang depan aku, 2 orang lagi kiri kanan aku. Nurse depan aku pecahkan air ketuban dan bermulalah episod teran meneran.

Bayangkan keadaan aku yang tiada langsung rasa sakit contraction, pergi hospital pun sebab ada pendrahan sikit dengan perut mengeras tiba2 diminta meneran. Nak cakap yang aku punya lah tak ada langsung rasa sakit contraction, sampai aku boleh rasa kena gunting hidup2.

Orang cakap sakit contraction terlalu sakit sampai kena gunting pun tak rasa. Yang aku ni tak ada langsung rasa sakit contraction, bila kena gunting, memang menggigil lah kaki aku.

Nurse minta aku teran, katanya perut aku mengeras lagi, mungkin dia ingat aku tengah contraction, aku pun layankan jela. Tapi bukan anak aku yang keluar, nasi goreng yang suami aku buat sarapan pagi tu yang keluar.

Yela dah suruh teran2, aku pun teran lah sekuat hati sampai perut aku keluarkan balik makanan pagi tu. Dah habis muntah, tiba2 suami aku masuk.

Mula2 aku dah tak sedap hati, elok2 tak ada lelaki, eh tiba2 ada lelaki. Rupanya suami aku. Dalam hati aku, eh bukan ke suami tak boleh teman. Alhamdulillah rezeki aku suami ada masa bersalin.

Pihak hospital masih benarkan suami teman. Elok je suami aku sampai, anak aku pun lahir. Kronologi dia, pukul 4 sampai hospital, pukul 4.15 dah ada dalam labor room dan pukul 4.28 anak aku lahir.

Terlalu cepat, 13 minit je dalam labor, anak aku dah lahir, sampai aku sendiri dah lupa macam mana anak aku keluar. Tak ada sakit contraction, sakit yang ada cuma kena gunting dengan kena jahit je.

Lepas kena jahit, aku terus minta nak mandi. Yela, kau dah muntah, lalu ke nak biar je.

Nurse minta aku rehat sebab aku baru je bersalin, tapi aku langsung tak rasa penat. Aku cuma nak mandi je. Bersihkan muntah. Aku cakap lah, suami aku ada boleh temankan, barulah nurse dengan Doktor benarkan aku mandi.

Dalam labor room tu ada bilik mandi siap air panas. Serius aku cakap, kalau lepas bersalin terus mandi dengan air panas, rasa segar gila2. Dengan labor room yang sejuk, memang best gila mandi.

Pejam celik pejam celik, dah 35 hari aku berpantang. Tiba2 aku terfikir, macam mana urusan aku mengandung dan bersalin, Alhamdulillah sangat mudah. Nak cakap aku baik, rasanya dosa berlambak. Hmmm mungkin doa dari mak abah suami dengan orang sekeliling aku kot.

Tiba2 aku teringat (tiba2 lagi..haha), masa aku mengandung, entah apa yang merasuki aku, aku suka bersedekah. Ianya berlaku secara spontan.

Bila aku belanja orang ke, tolong belikan barang orang ke atau apa je, bila mereka nak bayar atau belanja balik, mesti aku cakap tak payah cuma doakan aku mudah bersalin. Tu jela yang aku dok ratib. Masa tu tak terfikir pun pasal sedekah ni.

Cuma Allah dorong aku supaya banyak bersedekah. Tak terfikir pun sedekah akan jadi asbab aku mudah bersalin, sebab bagi aku sakit bersalin pun satu anugerah.

Tapi tu lah, sedekah ni yang aku rasa menjadi asbab kenapa proses aku mengandung dan bersalin mudah. Doa2 mereka yang aku dah tolong, Allah angkat. Moral dia, jangan takut bersedekah. Kalau Allah tak balas dekat dunia, dekat akhirat nanti Allah balas.

Maaf lah panjang pula aku bebel. Terima kasih yang sudi baca. Kalau ada masa nanti, aku cerita pula pengalaman aku jadi ummi dan berpantang.

– Yang (Bukan nama sebenar)

Komen warganet.

Nur Ain. Sy sama gak sikit mcm confessor. Sakit beranak contraction ada la sikit. Tp lg sakit kena gunting tu. Amalan mmg slalu bsedekah. Dan amal baca selalu al waqiah. Mudah beranak. Wallahua’lam.

Dina Zahidi. Alhamdulillah. Betul, saya dah rasa. Waktu sarat mengandung anak ke 3, ramainya tetamu datang rumah. Suami saya rajin menjamu. Bila tetamu balik, kami mintak doakan moga mudah bersalin. Alhamdulillah, proses kandungan, kelahiran, dan berpantang sgt mudah. Nak apapun, kita mintak dgn Allah, insyaAllah dipermudahkan nice sharing sis.

Ana Kirana. Klau kita mudah kan urusan org lain, insha Allah urusan kita Allah permudahkan.. tu pegangan saya.. jgn berkira, sedekah selagi bole.. bukan wang ringgit je, tenaga banyk lagi cara.. yg penting.. ikhlas.

Almahera Ibrahim. Betul tu..sangat bersetuju kerana saya juga merasai pengalaman yg sama.. Asbab sentiasa bersedekah Allah mudahkan banyak perkara utk sy.. Saya mengambil keputusan utk membuat IUI setelah 1 tahun 2 bln berkahwin.. Alhamdulillah setelah percubaan pertama IUI tersebut sy terus mengandung..semuanya mudah dan lancar. Skrg sudah hampir 5 bln usia kandungan sy..

Alhamdulillah sy juga spt confessor langsung tiada alahan spjg mengandung.. Tidak pernah muntah sekalipun wlpun smsa trimester pertama.. Segalanya mudah utk sy termasuk urusan lain spt kerjaya dan kewangan. Jika rajin kita bersedekah, Allah janjikan rezeki berganda.. Rezeki ini dtg dlm pelbagai bentuk dan sy sgt percaya ini adalah salah satu rezeki Allah pd saya.

Nadia Daim. Sy pun mudah perjalanan bersalin sy. Teran 2x, dlm 5 minit, baby keluar. Sy ada contraction, tp jgn pelik sbb sy x rasa sakit sgt. Sepanjang hidup sy sy akan bersedekah selagi boleh. Tp sy x anggap perjalanan bersalin yg mudah tu sebab sy selalu bersedekah sbb sy pun byk dosa2 yg lain. Sy anggap tu rezeki Allah nak bagi walaupun sy x layak apa2 pun tp Allah nak bagi mudah atas EhsanNya.

Kalau nak ikut amalan sedekah sy, sy x rasa hebat mana pun. Sy bg sbb sy rasa perlu bagi, itu je. Suami sy sgt risaukan sy dan teman sy sepanjang proses bersalin tu , mak sy kat luar labour room. Sy percaya doa mereka yg buat urusan bersalin sy mudah. Mungkin masa sy tgh bersalin tu suami sy berdoa teramat bersungguh2 mohon sgt2 sy mampu melaluinya. Mungkin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Uncategorized

InnaIiIIah Azhar Sulaiman Sebak Umum Berita Sedih, Insan Tersayang Baru Sahaja MninggaI Dunia.

Published

on

By

Agak lama menyepi dalam dunia seni hiburan dan hanya cerita berkenaan anak perempuannya sahaja yang timbul, Azhar Sulaiman hari ini berkongsi berita sedih di Instagram beliau.

Pelakon yang popular dengan filem lakonan berjudul Sayang Salmah itu memaklumkan dia baharu sahaja kehilangan orang tersayang.

Menurut Azhar, kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi meninggI dnia kira-kira jam 11.58 malam Isnin.

Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya itu mendapat respon rakan-rakan artis dan warganet yang mengucapkan takziah.

Sehubungan itu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwh kakaknya.

” Assalamualaikum semua, hari ini mami nak kongsi berita sedih tentang kehilangan kakak sulung mami Kamariah Sulaiman yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.58 malam semalam.

” Jadi kalau saya mengajak anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kakak mami

” Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.

” Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.

Antara rakan artis yang memberi reaksi dengan menulis komen adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

” Innalillahiwainnailaihirajiun.. i’m so sorry to hear this Abg Har. May she be placed amongst the pious in the Hereafter.” tulis pelakon Lisa Surihani

Sekilas info tentang Azhar Sulaiman

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida “Connie” Ahmad.

Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat.

Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.

Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995.

Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.

Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga anak, iaitu dua anak perempuan – Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona dan seoang anak lelaki, Andika Rees Pahamin.

Continue Reading

Uncategorized

Comel je reaksi Cristiano Ronaldo Kena ‘Sound’ Dengan Seorang Wanita Kerana Tak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Stadium ke tu.

Published

on

By

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan UEFA Nation League diantara pasukan Portugal menentang finalis Piala Dunia Russia 2018 iaitu Croatia. Dalam perlawanan terebut, Portugal mencatat kemenangan 4-1.

Cristiano Ronaldo yang juga ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal tidak turun beraksi awal pagi tadi dan hanya duduk di kerusi penonton dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Ketika perlawanan berlangsung, Ronaldo ditegur oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan stadium kerana tidak memaki pelitup muka yang menjadi Prosedur Operasi Standard untuk berada di dalam stadium.

Tanpa banyak alasan, Ronaldo terus capai pelitup muka disebelahnya dan memakai dengan cara yang betul bagi mematuhi SOP stadium. Ronaldo kini beraksi untuk pasukan Juventus di liga Serie A Itali dan menjadi juara liga untuk musim 2019/2020.

Reaksi warganet.

Adzha Asfar – Lemah lembut tutur kata ada adab, bila kita tegur org insyaallah org tu terima tak kisah siapa dia..#Allahsayangkita

Sheena Ani – At least dia pakai terus bila ditegur… Di sini kalau kita tegur ikhlas.. Kita semula yg disekolahkan.

Afandi Tahir – Gaji juta2 kena tegur sbb langgar sop,senyap2 je .Mennteri lannggar sop bertukar jadi burung,sop yg salah.

Khairu Faizal – mindset golongan professional.. klu org minda kelas bawahan, kena tegur benda positif, kau balik yg akan kena m4ki.. kompom.. senang citer, kau yg salah.. sebab tegur die.. haha.

Rizal Rodzuan – Selalunya org ckp pmpuan sentiasa betul, tp dlm kes ni mmg pmpuan tu betul dan CR salah psl tak pki. Lg bagus, CR just pakai je tanpa sebarang karenah, takde nak kutuk staf tu mcm dulu pengawal dikutuk psl suruh pmpuan tu pki mask. Tahniah staf stadium tu Dan CR.

Mohd Rodzi – tahniah CR…ikut arahan..klu perempuan tegur kau ikut ja..x kira kau betul atau salah, klu x nak kes berpanjangan hahahaha.

Sumber: Esporte Interativo via siakapkeli.

Continue Reading

Uncategorized

“Air kotor tu” – Pekerja Kaut Air Hujan Utk Kegunaan Restoran Buat Netzen Kembang Tekak

Published

on

By

Kecoh sejak beberapa hari lepas apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air. Kebetulan hujan lebat pulak tu.

Ramailah orang yang ambil alternatif untuk tadah air hujan sebab tak pasti bekalan air terputus sampai bila.

Lain pulak yang berlaku di sebuah restoran ni. Air hujan yang bertakung kat jalan dikaup ke dalam tong dan dibawa ke dalam kedai.

Admin pun tak pasti untuk tujuan apa air tu dikaup, harap bukan untuk bagi customer minum lah ye. Korang tengok video kejadian tu yang dikongsi oleh @Duurianne di Twitter kat bawah ni.

I dunno which restaurant is this. Good luck to their customers.

Air kotor tu!

Rata-rata netizen kembang tekak tengok perbuatan pekerja restoran ini. Tapi ramai juga yang bersangka baik dan rasa air tu digunakan untuk cuci tandas. Eee kalau betul dia pakai untuk cuci gelas dan pinggan pun geli gak weh. Kotor tu!

Betul, memang tak boleh buat macam ni. Air yang bertakung kat jalan tu entah apa dah lalu situ, dia kaup masuk dalam tong. Kotor macam tu kena report dekat pihak berkuasa weh. Minta ditutupkan kedai tu.

Itu yang admin cakap tadi. Kalau nak basuh pinggan pakai air lopak yang bertakung tu.. eee geli weh.

Hahaha kalau tikus lalu mandi-manda kat situ, orang yang pakai air tu pun habis terkena jadi tikus gak.

Admin harap pihak berwajib dalam ambil tindakan sewajarnya dan siasat pekara ni. Isu kebersihan ni sangat berat, lagi-lagi melibatkan kedai makan yang orang selalu pergi kan?

Sumber: lobakmerah

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.