Keluarga

Neelofa Dan PU Rizz Bakal Mendirikan Rumahtangga, Ibu: “Insan Ini Dpt Membahagiakannya”.

Ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed mengesahkan spekulasi anak perempuannya dirisik Pu Rizz melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

After conten

Kartini mengatakan diirnya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidadarinya.

“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn.

@neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

Sebelumnya, di laman sosial beberapa foto Neelofa dan PU Rizz bersama tetamu yang hadir ke rumah keluarganya menimbulkan spekulasi bahawa ada majlis yang diadakan.

Awani juga melaporkan sumber memberitahu PU Rizz merisik Neelofa selepas menunaikan solat Asar bersama.

Keduanya dikatakan akan menikah sekitar Mac 2021.

Terdahulu..Neelofa Sah Dirisik PU Riz!

Sejak petang tadi (Ahad) warganet mula berspekulasi mengenai kunjungan pendakwah dan penceramah bebas PU Riz ke kediaman usahawan popular, Neelofa.

Bagaimanan teka-teki seakan terjawab ibu kepada Neelofa mengesahkan perkara tersebut di laman sosial Instagramnya.

Dalam pada itu, sumber yang dipetik menerusi Astro Awani berkata, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Petang tadi, pengurus Neelofa Shawn Amer ketika dihubungi Gempak memberitahu, tidak tahu menahu tentang majlis tersebut.

Gempak juga sedang mendapatkan pengesahan daripada Neelofa dan PU Riz namun kedua-dua mereka masih belum memberikan maklum balas.

Instagram: @noorkartini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *