Keluarga

Kes Makin Naik Tapi Masih Ada Yg Selamba Tak Pakai Pelitup Muka Dlm Pngangkutan Awam.

Kes harian Cvid-19 semakin hari semakin meningkat. Malah, hari ini paling tinggi dalam sejarah di mana sebanyak 287 kes baru dicatatkan dan kesemuanya merupakan kes tempatan!

After conten

Terkini. 2 Okt. Kes baharu #CVID19 hari ini paling tinggi dalam sejarah iaitu 287 dan semua kes tempatan.

Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31).

Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).Tiada kemtian.

— KKMalaysia(@KKMPutrajaya) October 2, 2020.

Melalui Twitter, Dr Noor Hisham berkata sejak awal lagi KKM telah menasihati orang ramai agar mengelakkan perhimpunan ramai. Jika anda hadiri mana-mana majlis, pastikan SOP dipatuhi.

Kes makin naik, tapi selamba tak patuh SOP!

Malangnya, meskipun kes semakin naik ternyata masih ramai rakyat Malaysia yang mengingkari SOP serta dengan selambanya tidak memakai pelitup muka ketika di tempat awam.

Melalui Facebook, RapidKL mendedahkan gambar-gambar yang dikongsi oleh penumpang mereka di mana ramai yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam tren.

Mohon semua untuk kekal disiplin dengan memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak di mana penjarakan sos1al mungkin sukar untuk dilakukan.”

“Pakai mask masa masuk tren, lepas tu buka naik tren.”

Netizen mempersoal bagaimana mereka yang tidak pakai pelitup muka dibenarkan masuk dan tidak ditegur oleh staf mereka.

Rupa-rupanya menurut RapidKL mereka ini memang pakai pelitup muka saat hendak memasuki tren namun selepas berada di dalam tren mereka buka atau turunkan ke dagu.

Pastikan korang patuhi SOP ketika berada di tempat awam tidak kira sesak atau tidak.

Kita perlu bersama-sama memberi kerjasama dalam membantu frontliners untuk membasmi wabak C0vid-19 ini.

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *