Keluarga

Pernah Terima Hadiah Jam Tangan Dari Shuib, betul ke Naim Daniel Mahu Pulangkan.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu.

After conten

Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram, Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan sedikit komen.

Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

“Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.

“Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.

Sumber: astr0gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *