Keluarga

Ikan arowana mahal yg dibeli tak pernah bukak mulut dan tak makan langsung. Lelaki ini hampir pengsan Trkejut bila ikan itu bukak mulutnya .

Arowana atau nama saintifiknya scleropages formosus, adalah seekor ikan purba yang masih wujud hingga ke hari ini dan dipelihara sebagai ikan hiasan.

After conten

Warnanya yang unik menjadikan ikan Arowana sebagai ikan akuarium termahal di dunia.

Ramai orang Asia percaya bahawa memiliki ikan Arowana di rumah boleh membawa nasib yang baik, dan seorang lelaki benar-benar mendapat keuntungan berlipat ganda selepas membeli seekor ikan Arowana emas.

Mengkagumi rupa dan pergerakkan ikan itu yang cantik, lelaki tersebut membayar harga ikan berkenaan yang mencecah lebih dari RM1,000, dan membawanya pulang ke rumah.

Namun setelah dilepaskan ke dalam akuarium, lelaki berkenaan hairan kerana ikan berkenaan tidak membuka mulutnya untuk bernafas atau makan.

Risau ikan mahalnya itu akan pergi buat selamanya, lelaki berkenaan memaksa ikannya membuka mulut, dan terkejut melihat berpuluh puluh anak ikan keluar dari mulut ikan peliharaannya itu.

Pada mulanya lelaki itu menyangka ia mungkin sisa makanan terdahulu yang diberikan kepada ikan berkenaan, tetapi selepas diperhati, dia mendapati bahawa ikan-ikan kecil itu sebenarnya anak ikan Arowana emas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Good Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *