Keluarga

‘Krjasama UMN0 dengan Anwar mungkin berlaku’.

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memaklumkan bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

After conten

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, kerjasama mungkin berlaku sekiranya pemimpin pembangkang berkenaan mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat.

Menurutnya, tidak mustahil parti lain turut memberikan sokongan kepada Anwar sekiranya mereka berpendapat pemimpin berkenaan boleh memberikan apa yang parti mahukan.

Malah, katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional (PN) sejak gabungan itu ditubuhkan apabila UMNO tidak memperoleh peluang untuk kembali berkhidmat seperti mana yang diharapkan.

“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak Kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi.

“Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain.

“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya menurut laporan Astro Awani hari ini.

Malam tadi, UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Sumber: sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *