Keluarga

Dr. Zulkifli Telah Disahkan Sembuh Sepenuhnya Dari C0vid-19 dan Dibenarkan Discaj Dari Wad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan C0VID-19 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

After conten

Berita itu disampaikan beliau sendiri menerusi akaun med1a sos1al miliknya sebentar tadi.

“Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada C0VID-19.

“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan,” tulis beliau.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berehat di rumah sehingga taman tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepertimana disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, segala pertemuan akan dilakukan menerusi sidang video sahaja di samping memantau gerak kerja dari rumah.

“Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agma di bawah tangungjawab saya dari rumah.

“Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selanogr. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin,” katanya.

Sebelum ini, beliau dilaporkan positif C0VID-19 dan dimasukkan ke hospital pada 5 Oktober lalu.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *