Keluarga

AIlah Hadiahkan Hidayah Pada Neelofa” – Ini Respon Linda Rafar.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

After conten

Kisah penghijrahan pelakon Neelofa yang kini tampil dengan imej berniqab benar-benar mencuri tumpuan ramai pihak.

Hal itu turut dirasai pelakon dan penyanyi Linda Rafar yang mengakui berasa terkejut dengan berita mengenai perubahan imej berpurdah yang dilakukan Neelofa.

“Saya masih terkejut dengan hidayah yang Allah hadiahkan pada Neelofa.

“Ketika masyarakat sibuk mengejar hal dunia, Lofa terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua masyarakat di luar sana.

“Love u Lofa. Doakan saya juga kekal beriman pada Allah, fokus ke jalan Allah, terus berbuat baik, ikhlas, jom jadikan Allah nombor 1,” tulisnya.

Hal tersebut dikongsikan Linda menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Linda turut mengimbas semula imej dirinya ketika menggayakan niqab.

https://www.instagram.com/p/CGXYtg4A7ZZ/?igshid=1duwnf9exzz0z

Kongsi Linda, dia sendiri mengakui sentiasa cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Lebih-lebih lagi, katanya, selepas pemergian arwah anaknya, Rezaimin Keifli pada 2014 dan ibunya Rasimah Abdul Rahman yang mengadap Ilahi pada tahun lalu.

“Selepas saya cuba dekatkan diri pada Allah memang kekuatan iman itu terus kuat tetapi apakan daya kita manusia biasa yang sentiasa diuji dengan ujian duniawi dan hasutan syaitan!

“Begitupun, saya bersyukur dengan segalanya. Alhamdulilah saya masih kekal kuat untuk tempuh segala dugaan yang datag setiap hari,” coretnya.

Semalam, Neelofa memuat naik foto dirinya mengenakan niqab di Instagram selain meminta umum terus mendoakan perjalanan baharunya itu.

Sumber: astr0gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *